Blogger templates

Click to Follow...

Monday, 27 February 2012

Nasib AJM Memang M.A.L.A.N.G

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Balik dari Kl MotoXpo semalam, bermulalah episod malang bagi kami AJM.....
A=AJ, J=Mr.JR dan M=Melvin
Keluar dari PWTC, kami singgah minum sekejap dekat Restoran Naga's Jalan Putra.....
Usai membasahkan tekak dan mengisi perut, kami pun bergerak ke kereta untuk ke destinasi seterusnya.....
Hajatnya nak pegi melawat kawan kat Hospital Putrajaya...
Masuk je kereta, enjn pulak tak boleh start......
Ingat sekejap je la, sebab sebelum tu dah jadi... Tapi after few minutes dah boleh start.....
Sekali tunggu punya tunggu, memang dah sah, sure dan pasti enjin tu memang tak boleh start.....
Dahlah tu, bateri telefon masing-masing dah flat habis......
Tinggallah telefon Mr.JR menjadi public phone dan penyelamat kami....Nasib ada...
Nak charge telefon, kedai mamak tu takde plug point lah pulak.....
Kalau ada pun bukan main tinggi melangit..... Adeehhh.....

Bila dah gagal menghidupkan enjin, Mr.JR pun pegilah berjalan cari kalau-kalau ada kedai yang bukak......
Hari Ahad kot, memang susahlah nak cari bengkel yang bukak....
Tak lama lepas tu, Mr.JR pun sampai balik dengan bateri kereta yang baru....
Tu pun setelah berjalan agak jauh sampai ke Jalan Ipoh..... Kesian sayang AJ tu...
Dah tukar bateri baru pun kereta still tak boleh nak start.....
Puas dah belek, godek sana sini, kami amik keputusan tinggal kereta dan tahan teksi balik rumah Mr.JR untuk amik kereta.... (Time nak basuh tangan, baru perasan ada plug point kat sebelah dalam kedai tu....)
 Lepas tu pulak hujan turun dengan selebat-lebatnya.....
Dah amik kereta, kami pegilah 2-3 stesen minyak nak cari car charger dengan jumper kereta...
Ya Rabbi.... Time nak pulaklah semua bende takde....
Memanglah malang......
Dah pusing sampai ke Gombak, barulah jumpe bende yang kami cari-cari.....
Lepas dah 1 part.... Alhamdulillah...... =)


Selepas tu, kami berpatah balik kat tempat Melvin tinggalkan kereta.....
Bateri baru dah pasang siang tadi...... So, jumperlah kereta dengan hasrat kereta boleh start....
Malangnya kereta memang tak boleh start.. Tak tahulah apa masalahnya.....
Dengan hujan yang turun lagi, basahlah kami bertiga......
Puas dah godek-godek still lah tak boleh..... Alahai.....
Dan akhirnya lepas berusaha sedaya-upaya....
Kereta Melvin boleh dihidupkan dengan bantuan bateri Sang Kancil....
Fuhhhhhhh.... Lega rasanya...
Yelah, takkan nak tinggal kereta kat kawasan tu kot kan.......
Itupun dah dekat pukul 10 lebih baru settle..
Dari petang kot..... Sorry kawan, bukan taknak melawat...
Tapi bende dah jadi macam ni.....

Memang malang gile nasib AJM petang semalam.....
Kereta tak boleh start, bateri telefon flat, cari car charger dengan jumper tak jumpe dan ditambah pulak dengan hujan yang turun selebat-lebatnya....
Kesabaran betullah..
Memang tragedi sungguh 26 FEBRUARI 2012.....

P/s : Hari ni lemau gile badan... rasa macam nak MC pun ada pagi tadi.........





"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment