Blogger templates

Click to Follow...

Thursday, 2 February 2012

Insomniakah AJ???? Arghhhhhh TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pagi ni AJ agak "Ting Tong" memandangkan semalam sampai ke pagi ni, AJ tak mampu untuk tidur...... Lebih kurang pukul 7 pagi tadi baru rasa nak terlelap....
Tapi selepas setengah jam melelapkan mata, ada kucing bergaduh pulak kat luar..... 
Dekat pukul 8 pagi, Mr. JR pulak mesej suruh bangun sebab AJ dah pesan kat dia minta tolong kejutkan.... Takut terlajak tidur, langsung tak pegi keje pulak....

Adakah AJ mengalami insomnia???? Waaaaaaa...... Taknaklah.......
Macam seram je kalau terkena insomnia ni.... Okay, apakah itu insomnia????


Insomnia adalah gejala kelainan dalam tidur, kesukaran untuk tidur atau mempertahankan tidur walaupun ada kesempatan untuk berbuat demikian.... Gejala tersebut biasanya diikuti gangguan fungsional saat bangun.... 

Insomnia terbahagi kepada 3 iaitu :
-Pertama, Initial Insomnia ertinya gangguan tidur saat memasuki tidur...

-Kedua, Middle Insomnia iaitu terbangun di tengah malam dan sukar untuk tidur kembali....

-Ketiga, Late Insomnia iaitu sering mengalami gangguan tidur saat bangun pagi....

Banyak penderita insomnia bergantung kepada ubat tidur dan ubat penenang lain untuk membolehkan diri beristirehat.... Semua ubat sedatif memiliki potensi untuk menyebabkan kesan psikologi iaitu anggapan bahawa mereka tidak dapat tidur tanpa bantuan ubat-ubatan tersebut....

Penyebab Insomnia
Insomnia disebabkan berbagai faktor diantaranya masalah  hormon, ubat-ubatan dan faktor luar lain misalnya tekanan batin, suasana bilik tidur yang tidak selesa, ribut atau perubahan waktu kerana harus bekerja di waktu malam.... 
Selain itu kopi dan teh yang mengandung zat perangsang susunan syaraf pusat, tembakau yang mengandung nikotin, ubat pelansingan badan yang mengandung amfetamin adalah antara contoh bahan yang dapat menimbulkan kesulitan tidur.... 
Insomnia berkait dengan psikologi dan meningkatkan perasaan cemas, gelisah, serta emosi yang sering tidak terkawal akibat menurunnya hormon estrogen yang meningkatkan risiko gangguan tidur...
Penyebab utama insomnia adalah adanya permasalahan emosional, kognitif, dan fisiologi... Ketiga-tiga gejala tersebut berperanan terhadap terjadinya disfungsi kognitif......

Tips Menghindari Insomnia


1. Jangan makan malam terlalu kenyang...

Usahakan untuk makan sebelum pukul 8 malam.. 

2. Kurangkan kegiatan yang berkaitan mental setelah pukul 9.30 malam.. Jangan nak layan Facebook atau Twitter....

3. Matikan lampu mulai pukul 10.30 malam...
Jika tidak biasa tidur pada waktu ini, cuba untuk tidur setengah jam lebih awal setiap minggu sehingga anda biasa tidur pukul 10.30 malam setiap hari...

4. Mandi air panas sejam sebelum tidur...
Titiskan minyak esential lavender, vanila, atau cendana ke dalam air mandi untuk membuat anda lebih rileks... Malapkan lampu dan pasangkan terapi aroma... Jika boleh, dengarkan muzik yang lembut dan menenangkan...

5. Banyakkan meminum air suam... Susu atau teh chamomile.

6. Baca buku yang membuatkan anda bosan seperti buku motivasi...
Jangan pilih novel dramatis atau bacaan yang membuatkan anda akan banyak berfikir...

P/s : Semoga dijauhkan dari INSOMNIA....... Rugi tak dapat rasa nikmat tidur........


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

2 comments:

  1. nice sharing.... ehhehe.. ^^ berguna untuk org y sukar tidur.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi klu kene dh x bleh nk tdo tu, buat ape pn x kn tdo.....
      HEhehheheheheh.......

      Delete