Blogger templates

Click to Follow...

Friday, 27 January 2012

AJ Nak Derma Darah.... TAPI.................


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni mood malas nak buat keje datang....
Aduhai... So, tangan pun mulalah gatal nak menaip kat sini......
Korang semua pernah menderma darah tak???
Ape rasa dia ek? Sakit tak?? Huhuhuuu.....
AJ teringin nak menderma darah... TAPI............
Kenapa ye?? Takut jarum??? Takut kena cucuk???? Takut itu??? Takut ini???
Baca ni dulu... Sekejap lagi AJ bagitahu.....

KRITERIA PENDERMA DARAH....
Penderma darah adalah istimewa. Ini adalah kerana tidak semua orang layak untuk menjadi seorang penderma darah. Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah.
Berikut kriteria-kriteria yang diperlukan bagi menderma darah.....:

1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.

2. Berumur di antara 18-60 tahun.

· Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga

· Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai
  tahap kesihatan badan.

3. Berat badan melebihi 45 kg.

4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.

5. Tiada masalah kesihatan.

6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan.
· Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan

· Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.

7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)

8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:

· Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)

· Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)

· Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur

· Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis

· Mengambil dadah secara suntikan

· Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.


9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 
minggu untuk penderma aferesis.

10. Untuk penderma wanita:
· Tidak mengandung.

· Tidak datang haid.

· Tidak menyusukan anak.

JANGAN MENDERMA DARAH JIKA :
· Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau

Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih

· Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.


Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Derma Darah ni, KLIK SINI.....
Segala info yang korang perlukan ada...... Nak tau aktiviti Pusat Darah, kat mana nak menderma darah, macam-macam adalah senang cerita......

Okay, sekarang nak tahu kenapa AJ tak layak nak menderma darah????

SYARAT NO.3 JE DAH KANTOI.......
Macammana nak derma kalau berat pun duk kat 38kg, 39kg........
Nak capai 40 kg pun susah..... Ini pulak 45 kg.......... Waaaaaaaaaaaaaaaa :'( 
*Derma darah kat nyamuk je la.....*



P/s : Pada mana-mana yang berkelayakan menderma darah tu, silalah derma darah...
Tak rugi pun pegi derma darah.... Darah korang tu mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang kan........ 
Tapi make sure sebelum menderma tu, korang takde apa-apa penyakit yang melibatkan jangkitan dari darah okay..... Kang elok dapat selamat, dah jadi korban pulak....



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment