Blogger templates

Click to Follow...

Saturday, 14 January 2012

Perkara-Perkara Yang Paling AJ Pantang dan Jadi Marah....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Setiap pada kita mesti ada benda yang paling pantang sekali kan???
Macam tu jugak AJ...... Tak kiralah perkara tu jadi kat rumah atau kat luar.... 
Rasa geram je kadang-kadang tu.... 
Hari ni AJ nak share dengan korang perkara-perkara yang menjadi kepantangan AJ....

1. Pantang kalau ada orang alih barang-barang AJ.... Dah letak kat satu tempat tu, tiba-tiba ada je yang gatal tangan mengalihnya... 
Mulalah AJ nak marah... Lebih-lebih lagi bila orang yang alih tu pula tak boleh nak ingat mana dia alih barang tu.... Boleh hangin satu badan beb.....!!!!

2. Yang ni AJ pasti semua orang akan marah.... Dah buang air tak kiralah kecik ke besar kan, lepas tu tak pandailah nak jirus dan "flush" lubang tandas tu.... 
Hellooooooo!!!! Ingat ada orang ke nak tengok dan tolong jiruskan korang punya kapal selam tu??? 
Nak-nak pula kat kedai makan.... Potong habis selera makan.... 
Memanglah berkilo-kilo sumpahan puaka kau dapatkan...... Tak payah bayar pun...

3. Dah hisap rokok lepas tu petik abu rokok dalam pinggan lepas habis makan..... 
Haaaa, ni lagi satu.... Tak kisahlah pinggan tu dah kosongkan yang nak jugak petik abu rokok dalam pinggan tu pasal apa?? 
Apa guna "ashtray" kat depan mata tu?? Hiasan je ke???

4. Dah makan tapi pinggan sebiji pun tak boleh nak basuh... Ni selalunya lelaki yang punya angkara.... Padahal bukan susah pun nak cuci pinggan tu... Lainlah kalau kena sental ke ape, main nak tinggal je dalam sinki tu kan... 
Lepas tu mesti ada la yang ikut sama, malas nk cuci pinggan terus dari ada 1 pinggan jadi 10 pinggan... Ingat ada orang gaji nak cucikan pinggan korang????

5. Tidur mati... Okay, ni pun boleh buat AJ jadi marah...
Dahlah suruh orang tolong kejut.. Lepas tu kejut 13juta kali tak bangun-bangun... 
Rasanya kalau ada helikopter terhempas kat sebelah pun lena lagi tidur... Mati ke apa tah..... 
Habis semua benda jadi tergendala lepas tu.... 

6. Cakap tak serupa bikin.... Hari ni cakap macam tu, macam ni, janji macam-macam benda.. 
Bila tiba hari yang dijanjikan dah jadi lain pulak..... Bila kita cakap mulalah cakap kita mengungkitkan?? Ohhhh, benda ni boleh buat jadi gaduh okay.....

7. Tak pandai jaga masa.... Kata nak datang atau jumpa pukul 2petang, tapi  8jam kemudian baru sampai..... 
Orang macam ni, memang selalulah akan dapat maki berbakul-bakul... Tak kisah la secara nyata ataupun dalam hati.... 
AJ boleh tunggu lama-lama macam tu tapi by the time orang tu sampai je tunjukkan diri, AJ akan tarik muka dan meletuslah segala kemarahan.....

8. Pantang kalau tengah-tengah iron baju tiba-tiba iron tu stuck.. 
Maksudnya, iron tu dah melekat kat baju yang kita tengah iron tu la..... 
Memang yang ni takde salah sesiapa, tapi AJ memang terus akan naik angin dan lepas tu menangis nak-nak pula baju tu, nak pakai raya... Pernah terjadi okay... Hahahhahah....

9. Bila AJ dah plan sesuatu tu dengan baik, tiba-tiba ada orang cancel....
Okay, ingat senang ke nak plan itu dan ini???? Susah tau.. Janganlah senang-senang hati je nak cancel.... Lagi-lagi kalau benda tu melibatkan sesuatu yang kita dah reserve, lepas tu kena call untuk cancelkan pulak.. Tak ke kadar darah tinggi tu naik laju je????

10. Okay ni lastlah.... Panjang-panjang pun penatlah menaip.... Hahhahhaha.... AJ paling pantang kalau orang suka paksa AJ buat bende yang AJ tak nak dan tak suka....
Semua orang pun mesti akan marahkan? Tipulah kalau ada yang cakap tak... Tak kiralah siapa pun yang suruh.. 
Kalau AJ kata saya tak nak dan tak suka, memang AJ maksudkan okay..
Jadi, janganlah suruh jugak lagi.. Confirm kena maki lepas tu.....

Siapa buat AJ marah, AJ hantar kucing ni suruh gigit.....

P/s : Marah betul ni.... =)

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment