Blogger templates

Click to Follow...

Wednesday, 18 January 2012

PengaruhTV : Love, Nora. xoxo....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang sihat? AJ Alhamdulillah sihat... (Tetap nak bagitau walaupun takde orang tanya... Hahhahhaahha...)

Love, Nora... Pernah tak korang tengok cerita tu??? Kalau tak pernah tengok bolehlah TENGOK KAT SINI..... 
Sedih sangat cerita dia... Cerita ni dah lama jugaklah...
Tapi AJ baru berkesempatan tengok kat Astro semalam..... Kesian AJ.. 
Tapi takpelah, dapat juga tengok cerita lakonan Yasmin Hani, Yana Samsuddin dan Will Quah.... 
Lakonan mereka sangat terkesan kat hati kecil AJ sebab cerita ni merangkumi nilai-nilai kasih sayang antara, keluarga, kekasih dan teman...... (Meleleh jugaklah airmata......)


Sinopsis Love, Nora..

"Love, Nora memaparkan kisah pasangan romantis Raul dan Nora yang ternyata mencintai satu sama lain sejak dari pertemuan pertama mereka di Italy. Dan berkahwin sejurus selepas pertemuan tersebut. Tetapi selepas berkahwin, Nora menyedari dirinya sakit tenat, lalu dia menulis email dengan penuh cinta untuk menenangkan dan menghibur hati suaminya setelah tiba ajalnya nanti.

Raul tertekan dan seakan tidak mampu meneruskan hidupnya sejak kematian Nora. Tetapi tanpa disangka, Raul mula menerima kiriman email dari Nora dan mula bersemangat untuk meneruskan kehidupannya seolah-olah Nora masih berada disisinya dibantu oleh sahabat baik Nora, Shila dan juga Mama serta Wan Nora.

Dapatkah Raul bangkit semula dari kesedihan dengan bantuan catatan-catatan dari Nora yang penuh cinta, sokongan dari keluarga, sahabat? Adakah Raul menemui semua keyakinan diri dan jatuh cinta kembali?"


Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh la klik kat link atas tu tadi ye.......
 Tapi make sure korang sediakan tisu siap-siaplah..... 
AJ pasti ada antara korang yang akan mengalirkan airmata.......

P/s : Bila tengok cerita ni, teringat kisah Cinta Pandangan Pertama AJ dengan Mr. JR
Soooooooooooooo Sweet........ Eceeewaaahhhhhhh......
Sayang, hope cinta kita kekal sampai ke akhir hayat okay.... AMIN.....


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment