Blogger templates

Click to Follow...

Wednesday, 4 January 2012

Kejutan Budaya


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okay, dalam beberapa hari ni kan semua kecoh pasal Nur Amalina Che Bakri tu....
Ye, gadis yang cemerlang dalam SPM suatu ketika dulu... 17A1 okay.. Kau Ada?? Hehhehhehehhe....
Okay-okay, serius...... AJ tak tahu akan kesahihan gambar-gambar tersebut, tapi pada pandangan mata kasar, dia memang Amalina..... Perubahan yang sangat mengejutkan ramai pihak.... 
Dahulunya, kelihatan sopan dan lemah lembut, tetapi penampilan sekarang sangat jauh berbeza dari apa yang kita lihat dahulu.... 
Inilah yang dikatakan KEJUTAN BUDAYA.... Lebih lagi bila duduk diperantauan dan dikelilingi orang-orang yang berlainan budaya dengan kita, mesti lama-kelamaan kita akan terikut sama jika tidak tahan godaan kan?? 
AJ tidaklah menyokong akan perubahan yang Amalina lakukan... Sebab memang apa yang berlaku salah... Tapi semua orang buat salah kan?

Berbalik kepada kejutan budaya, tak usahlah kita memandang nun jauh kat UK tu....
Dah tentu-tentu negara Barat memang jauh beza budaya dan cara pemakaiannya lagi pula berjauhan daripada IbuBapa yang boleh membimbing lagi jauhlah terpesongnya...
Cuba lihat saja disekeliling kita... Penuh dengan insan-insan yang mengalami kejutan budaya.... 
Sebagai contoh, mereka yang baru meneroka dan mengenali kehidupan sosial dan berasal dari kampung atau pendalaman... Ini contoh ye, jangan salah faham pulak.. 
AJ tahu, tak semua yang datang dari kampung atau pendalaman akan mengalami kejutan budaya.. 
Tapi kebanyakannya pasti sedikit sebanyak akan mengalami kejutan budaya.... 
Tak payah tengok yang dari luar bandar jugaklah, ada yang datang dari bandar besar sendiri pun boleh dapat kejutan budaya.... 
Dari tak hisap rokok dah pandai hisap rokok... 
Dari kat depan Mak Bapak tak minum arak malahan arak tu apa pun tak tahu, keluar kawasan sikit dah pandai teguk Air Kencing Setan tu, siap jadi hidangan wajib lagi.... 
Dari sopan-santun, lemah lembut dan menjaga penampilan dah pandai pakai seksi, buka sana, buka sini, dedah sana, dedah sini bila sampai kat Bandar-bandar besar... 
Tidakkah kita perasan akan semua ini?? 
Pokok pangkal, tepuk dada tanya selera.. Adakah itu yang kita mahukan?? Tapi kenapa kita sibuk menggembar-gemburkan Cerita Dari Barat?? 
Tolonglah betulkan dulu insan-insan yang mengalami kejutan budaya kat Malaysia ni, barulah kita cerita pasal kisah dari UK....





P/s : Tapikan, mak Amalina keluar kenyataan cakap semua pakaian yang dipakai anaknya dibeli oleh beliau sendiri semasa bercuti di sebuah negara, Paris kalau tak salah.... 
Aik???? Seluar jaring-jaring tu pun mak dia yang belikan ke??? OPSSSSSSSSSSS........... Wallahualam.... Seorang ibu tentu lebih mengenali anaknya dari orang lain kan....... 
Kalau itu kata dia kepada pihak Media, itulah kot........


Untuk diri sendiri : Ye, AJ pun takdelah sesempurna mana.... Tapi nak kata ada masalah kejutan budaya tu, tak lah sangat adalah sikit...

 Sebabnya AJ memang dibesarkan dan membesar dalam suasana begini sejak kecil....  =)


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment