Blogger templates

Click to Follow...

Wednesday, 11 January 2012

Arghhhhhhhh LIPAS.............


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni AJ datang keje dengan mata yang teramatlah mengantuk gara-gara baru nak landing, terus nampak lipas atas bantal... 
Sampaikan terpelanting telefon dalam genggaman.. Nasib tak terlucut kain batik AJ.... =) 
Tah mana datangnya lipas tu pun AJ tak tahu.... Kesannya pukul 2 lebih baru berjaya tidur dengan aman setelah benar-benar pasti takde lipas yang bakal-bakal muncul.... 
Dan tidurlah bertemankan Fumakilla Hit-Z.. Hahahhahahah.... (Bukan takut ye, tapi AJ geli dengan lipas kerana kakinya yang tajam-tajam serta berbulu kasar.... Kalau lipas terbang lagilah... Serius cakap ni, bukan ayat "cover line" cemerlang tau.....)

Disebabkan dari minggu lepas sehinggalah malam tadi hidup AJ diganggu oleh para-para lipas, makanya hari ini nak cerita sikit pasal lipas ni.....

20 Fakta Tentang Lipas....

1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris "cockroach" berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. (Ye, memang lipas ni gila kalau dah menggila......)

2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.... (Sebab tu kalau kita jirus lipas dalam lubang tandas, relax je dia keluar balik...)

3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus... (So, jangan berangan nak jatuhkan hukuman penggal kepala lipas ni.... Tak lut punya....)

4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup....

5. Lipas mempunyai darah berwarna putih.... (Kira lipas ni macam Mahsuri lah...)

6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.... (Lipas terbang ni paling digeruni lah....)

7. Lipas yang paling besar di dunia adalah "Macropanesthia Rhinocerus" berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram..... (Tak nak lah pergi Aussie macam ni...)

8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa dilihat di Cambodia.....

9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anaknya semua betina... (Hebatnya lipas ni...)

10. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya.... (Patutlah saya dah bunuh yang besar-besar pun still ada banyak yang kecik-kecik..)

Wah syok kau lipas.. Siap main gitar lagi kan??

11. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada apa-apa pergerakkan yang menghampirinya....

12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani.....

13. Lipas ada gigi di dalam perutnya.....

14. Lipas yang dilumatkan boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat yang terkena bisa itu.... (Okay mesti bau dia kaw-kaw punya..... Weeeekkkkkk)

15. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat.... (Patut ada kata pepatah seperti LIpas Kudung...)

16. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula......

17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidungnya.....

18. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut..... (Sesiapa yang mengalami kecederaan lutut, ambik lutut lipas buat ganti....)

19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam..... (Ini Watson Nyambek pun kalah...)

20. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa berbuat apa-apa.... ( Lepas ni boleh cakap kat kawan-kawan yang pemalas.... "Kau ni malas macam lipaslah.... Hahahhahah...)


Petua-Petua Untuk Membasmi Lipas.....

1. Ambil sabun buku yang wangi tidak kira apa sahaja jenama, potong kecil-kecil lalu masukkan di dalam bekas atau tempat-tempat persembunyian lipas..... Insyaallah lipas akan menjauhi tempat tersebut...

2. Lipas tidak suka akan bau Kapur Barus, jadi kapur barus boleh juga dijadikan bahan untuk menghindar lipas.... Tapi, malam-malam nak tidur terbau kapur barus confirm memasing seram sejuk.... Hahahhahaha.....

3. Timun dan lemon juga boleh digunakan untuk menghalau lipas.... Letakkan hirisan timun atau lemon di tempat laluan lipas, maka bertempiaranlah lipas ni lari....... Kalau hirisan tersebut sudah mulai kering, gantikan dengan yang baru ye....

4. Daun pandan juga boleh digunakan sebagai medium membasmi lipas..... Ambil beberapa helai daun pandan letakkan di tempat yg lipas selalu melepak, bersantai dan bersuka-ria.... Atas almari ke, dalam almari ke, bawah katil ke, kat dapur ke atau senang cerita kat memana je yamng menjadi srang para-para lipas ni.... Selain dapat menghalau lipas, daun pandan juga boleh mengharumkan kawasan tersebut..... Kalau tak pun, daun kari pun boleh....

Itu sahaja yang AJ nak bagitahu pasal lipas ni, kalau ada yang nak mengkaji fakta dan mencuba petua membasmi lipas ni.. 
Selamat Mencuba dan Selamat Berjaya..... Ceeewwwwwaaaahhhh, macam nak ucap kat orang yang nak amik exam pulak... Hahhahhahah...... =)


P/s : Lipas pegi kacau orang lainlah malam ni ye........


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment