Click to Follow...

Saturday, 31 December 2011

Penutup Tirai 2011


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sekejap je lagi berakhirlah tahun 2011....
Pejam celik, pejam celik sebentar je lagi kita sudah berada dalam tahun baru 2012.....
Korang sambut kat mana je? AJ takde kemana-mana seperti biasa... 
Lagipun Mr. JR bertugas..... Jadi memang tak dapat kemana-mana pun lah.....

Hari ni aktiviti terakhir bagi 2011 adalah meraikan Majlis Pertunangan Sepupu AJ, Fiza..... 
Tahniah Fiza.. Dah jadi tunangan kepada Mazli..... 
Semoga hubungan korang ni berkekalan sampai jinjang pelamin....Dan sampai ke akhir hayat.....
Kat majlis tu dah semestinya gambar kami je yang penuh...
Bukan orang yang bertunang... Al-maklum sepupu sepapat semua kaki "over expose".. 
Semulajadi tak boleh buat apa-apa... Hehhehehehe....... 
Lepas tu yang bestnya, boleh pulak Makcik nak kenenkan AJ dengan orang lain.... 
Eh makcik, AJ dah ada calon la... Hhahhahha.... 
Dan soalan cepukmas "AJ bila lagi?????" Ohhhhh AJ suka soalan ni... Dah mark as favourite... =) Jawapannya..... SENYUM LEBAR... Sabar ye, waktunya akan tiba....... Insyaallah....

Usai majlis, kitaorang semua melayan cerita Ombak Rindu kat rumah Pak Uda...
Wahhhhh macam tengok dalam panggung okay.....
Sekarang ni pulak dah tak keluar kemana-mana, upload gambar kat Facebook je la dengan layan TV sementara tunggu Mr. JR habis duty.....

Ini diantara gambar-gambar sekitar Majlis Pertunangan Fiza.....




Kepada korang semua, SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012!!!
Let's countdown.....

P/s : Gambar TANGKAP MUAT..... 

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Friday, 30 December 2011

PengaruhTV : Tentang Dhia



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat menyambut Jumaat terakhir di tahun 2011...
AJ bukanlah dalam kategori "Ratu Drama Melayu Berepisod"..... Maksudnya, AJ bukanlah seorang yang suka tengok drama-drama yang bersambung-sambung ni... 
Yelah, selalu balik kerja, kalau tak pergi dating, mesti duduk dalam bilik mengadap laptop dan anak-anak kesayangan... 
Eh ada anak ke??? Anak Kucinglah... Hehheheheheheh..... 
Tapi, Drama Tentang Dhia ni berjaya buat AJ terpaku depan TV semata-mata nak tahu apa yang terjadi... Kira hebat jugaklah penangan cerita ni, sampaikan kalau ter'miss' satu episod sanggup repeat tengok kat office dan kalau dah tengok pun, tak kisah untuk tengok lagi bila officemate pasang..... Wahhhhhhhhhhh....... Fanatik pulak kan....

Terpegun AJ dengan ending cerita tu..... Perginya sepasang suami dan isteri pada waktu yang sama, membawa bersama kemarau yang tiada kesudahan.... 
Bercucuran airmata sedih.... Lantaran itu, fikiran mula menerawang jauh... 
Masih ada lagikah cinta yang sebegitu indah dan agung pada masa sekarang?? Masih adakah suami yang romantis dan penyayang?? 
Masih adakah seorang isteri yang begitu setia dan taat terhadap seorang suami.... 
Yang sanggup menahan, memendam rasa dalam kemarau yang berpanjangan.... 
Tipulah kalau AJ kata takde kan?? Ada tapi jarang sangat dah kita jumpa....

Mungkin hanya 1 dalam 1000....... =)

Semua orang mesti berharap akan dapat cinta sampai mati macam tu kan?
 AJ pun berharap semoga cinta AJ saat ini, ditakdirkan seperti cinta yang Allah Swt kurniakan kepada Dhia dan Zikir......


Tentang Dhia Memang Best!!!!!
Sayang, please be like Zikir......=)
I LOVE YOU

P/s : Kau bukan cinta pertamaku, tapi kau akan menjadi Cinta Terakhirku yang akanku bawa sampai ke hujung nyawa bersama Cinta Ilahi......


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Thursday, 29 December 2011

Nukilan Suka Duka 2011


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Beberapa hari lagi dah nak masuk tahun yang baru......
Apa kenangan suka dan duka korang dalam tahun 2011 ni?
Setiap orang pasti ada melalui waktu suka dan waktu duka kan.......?

Ini Nukilan Suka Duka 2011 AJ.......

2011
yang aku lalui...
Ada yang membuat hati melonjak gembira....
Ada yang membuat hati menangis sedih...
Kadang rasa dikhianati...
Kadang rasa disayangi...
Kadangkala dilempar ke bawah...
Kadangkala dijunjung di atas...

2011
Hati aku yang awalnya suram kembali bercahaya dipenghujungnya...
Hati yang pada awalnya gundah gulana kembali berbunga riang di saat tiba dipenghujung waktu....
Hati yang menjerit pedih kembali melontarkan kata-kata indah dan manis....
Hati yang hampir berputus asa kembali bersemangat seperti sebelumnya......

2011
Memberikan satu kedukaan tatkala ketibaannya.....
Memberi sedikit kehibaan pabila berada dipertengahannya....
Memberikan banyak kebahagiaan ketika hampir berada dipenghujung waktunya......

2011
Ada yang cemburu dan iri hati...
Ada yang cuba melemparkan kebencian....
Ada yang cuba menghancurkan kebahagiaan.....
Namun, diantara segala cemburu, iri hati dan kebencian aku mampu mengharunginya....
Terima kasih insan-insan yang selalu berada disisi...
Terima kasih Kekasih Hati.....

2011
Kini hampir tiba dipenghujungnya.....
Alhamdulillah aku berjaya mengharungi setiap Suka dan Duka.....
Segala yang aku miliki, masih lagi menjadi milikku....
Apa yang aku harapkan masih lagi memberi harapan.....

Selamat Tinggal 2011.....
Selamat Datang 2012.....

Semoga perjalanan yang masih panjang ini diberkati....


P/s : Love, AJ



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Tuesday, 27 December 2011

Selamat Menyambut Hari Krismas....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hope korang sihat-sihat je okay.....
3 hari cuti ni apa je yang korang buat?
Mesti ramai yang balik kampung, jalan-jalan sana sini.... cuti panjang katakan...
Or ada yang masih lagi menyambung cuti tahunan.... Wahhhhh syoklah ye.....

Pertama sekali AJ nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada Mr. JR dan rakan-rakan yang beragama Kristian... Belum terlambat lagi nak ucapkan?? Hehheheheheheh.....

AJ takde kemana-mana selain menghadiri Christmas Dinner kat rumah Mr. JR....... 
Thanks for the invitation sayang..... And thanks for the lovely, awesome and superb food...... (two thumb up!!!).... 
Kenyang perut suka hati okay...... Macam-macam hidangan yang ada atas meja, ayam, daging, salad, udang dan macam-macam lagilah..... Hehhehehehe... 
Sedap sangat... Bolehlah menuntut ilmu ni lepas ni....... =) 
Mula-mula nak datang tu punyalah berdebar-debar..... 
Perasaan ni kalah orang yang nak dipinang dan orang nak akad nikah... 
Yelah, even bukan first time jumpe mak dia pun, tetap seram sejuk okay... Hehhehhhe.....

Alhamdulillah lah bila sampai semuanya okay dan berada dalam kawalan.... AJ berjaya control perasaan nervous tu.... Hahhahhahahha... 
Okay jangan nak nervoes sangatlah.... Gedik okay.... =P
Nasib ada kawan-kawan lain.. So takdelah nampak janggal sangat.......

Tapi sayangnya takde gambar makanan yang sedap-sedap tu sebab AJ buzy makan .. Hahhahahahah....=P
 Sorry geng... Gambar merambu adalah........ =)


P/s : I Love You Sayang......


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Friday, 23 December 2011

Mood Nak Kerja Takde Pulak Hari Ni.... =)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat Hari Jumaat... =)
Waaaa.... Hari ni rasa sangat slow okay... Mood nak kerja pun takde.. 
Dari tadi duduk kat office ni melangut macam takde kerja nak buat......  Padahal kerja punyalah banyak..... Satu apa pun tak jalan tatkala kepala otak dan akal fikiran ni fikir nak cuti je atau sebenarnya dah bercuti...???? Jasad je yang datang office..... Hehehhehe.... 
Apa pun tak boleh la ini macam.... Rupanya bukan AJ sorang je yang rasa mood tu takde, officemate AJ pun rasa..... 
Sekarang ni rasa macam nak tidur je.... =) Boss pun takde.. So kamilah boss.... Hahahahahha.... 
Idea pun gagal keluar dari kotak fikiran..... Tolonglah weiiiiii... Apa nak buat ni??? 
Idea nak berblog pun tak sampai.... Kronik-Kronik....... =)


Mood korang hari ni macam mana pulak????

P/s : Manalah Mood Ni Pergi????

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Thursday, 22 December 2011

2011 Dah Nak Tinggalkan Kita.... Azam 2011 dah tercapai ke belum??


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lebih kurang 10 hari je lagi 2011 dah nak berakhir kan? Pejam, celik, pejam, celik dah nak masuk 2012.... Itu juga bermakna usia kita semua akan meningkat setahun lagi... 
Tapi bukan nak cerita pasal umur... Haaaaa setiap tahun bila masuk je tahun baru mesti semua orang dah berazam itu dan ini kan?
Azam tahun ni dah tercapai belum??? Hehehehheheheh....

Ok apa azam tu?? Bukan Azam kawan korang masa kat sekolah ataupun Azam pakcik sebelah rumah okay.....

Azam ni mengikut Kamus Dewan Bahasa ialah : Kemahuan (keinginan, cita-cita) yang sangat kuat, tujuan (yang sesungguhnya).

Haaaa... Mendalam tu maksudnya kan...? Kalau setakat buat azam yang "hangat-hangat tahi ayam" tak payahlah berazam... Hehehehheh.....

Azam AJ??? Ermmmmm apa ek?? Rasanya takde azam yang besar pun selain nak membeli sebuah Telefon Blackberry... Alhamdulillah tercapai pun...... 
Lain takde dah kot sebab rasanya, AJ dah capai apa yang AJ nak buat masa ni lah.... 
Hubungan AJ dengan orang sekeliling seperti Keluarga, Mr. JR dan Kawan-kawan semakin baik dan bertambah baik..... Kerjaya pun nampaknya okay...
Walaupun tahun ni dah 3 kali AJ bertukar kerjaya... Hehhehheh....

Kenapa kita berazam??

Pada pendapat AJ, azam ni merupakan suatu niat untuk kita berubah dari yang baik kepada yang lebih baik atau keinginan untuk mengejar sesuatu dalam hidup... 
Tak kiralah dari segi kewangan, kerjaya, taraf hidup dan sebagainya.... 
Ada yang berazam nak akhiri zaman bujang, ada yang berazam nak beli kereta besar, rumah besar... 
Kalau kita betul-betul berazam untuk sesuatu, Insyaallah dalam tahun kita berazam tu, kita dapat apa yang kita inginkan... 
Silap-silap lebih pada tu kita boleh dapat... Itulah sebab kita berazam...

Tapi zaman sekarang ni, wujud lagi ke orang yang benar-benar mengejar atau menunaikan azam?? 
Dari apa yang AJ perhatikan, kebanyakkan orang ni bila 31 Dis punyalah berazam itu dan ini, tapi bila masuk 1 Jan tahun berikutnya azam tah kemana, kita tah kemana.. 
Kalau macam tu baiklah tak payah berazam kan?

Sempat lagi ni nak kejar azam korang.......

So korang punya azam tahun ni macam mana? Kalau boleh dikejar dalam masa 10 hari ni, Selamat Berjaya AJ ucapkan....
Kalau tak dapat, postponed tahun depanlah ye.. Jangan pulak azam tahun ni gagal, tahun depan buat azam baru yang lain pulak... Baik settlekan azam tahun ni... Hehehhehehhehe....

P/s : Mr. JR, azam nak berhenti merokok tahun ni dah tercapai ke belum?? Tengok macam tak je..... Hurmmmm cuba lagi tahun depan ye... Opsssssss.... JANGAN MARAH HAAAAA.......


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Wednesday, 21 December 2011

Kawan, Aku Sayang Korang.........


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni AJ kat office sorang-sorang..... Kerja pun nampaknya dah siap awal... Hehehehehehe.... 
So sekarang ni adalah waktu sengang dan lengang untuk meng"update" blog ni....

Mesti semua orang dikurniakan sahabat kan?? Mustahillah kalau ada yang cakap dia takde paling kurang seorang sahabat yang baik....

Hari ni AJ nak bercerita pasal sahabat-sahabat perempuan yang telah dikurniakan oleh Allah swt kepada insan kerdil, comel bernama AJ.... Hehehehehhe.... 
Kenapa sahabat perempuan?? Sebabnya...... sejak kecil AJ memang tidak ditakdirkan untuk berkawan dengan perempuan sehinggalah ke alam pekerjaan.....
Yelah dah kerja, kenalah pandai bergaul dengan perempuan kan? 
Kalau kat office asyik berkepit dengan kaum Adam, pelik jugak.... 
Dah besar-besar ni, segan jugaklah... Hahahhahahahah.... (Segan ke???? Takdelah sangat... Tapi adalah sikit...)

Inilah Sahabat-sahabat perempuan AJ.....

1. WATI
- Wati ni, AJ kenal semasa bekerja sebagai "cashier" kat UM......
Orang Perak tua setahun pada AJ.....
Dia ni seorang yang gila-gila..... Or dalam erti kata sebenar, dia memang gila.... Hahahahhahaha..
Wati kalau kau baca ni, jangan marah... Sebab aku sure dan sangat pasti kau akan mengiyakan kenyataan yang aku buat ni..... Kannnnnnn???
AJ enjoy sangat kawan dengan dia.. Dia ni dah AJ anggap macam kakak sendiri walaupun kadang-kadang 'peel'nya tak macam kakak...... 
Wati, aku curik gambar ni okay...... Hehehheheh....

2. FAUZIAH
- Dia ni, AJ kenal masa bekerja dekat KL Sentral.... Orang Kuching, Sarawak.... Jauh okay... 
Dialah cikgu bahasa Sarawak AJ.... Sebab rajin sangat bercakap bahasa Sarawak dengan AJ... 
Terus melekat sikit-sikit kat kepala otak ni.... Hehhehehhee... 
Dia pun berperangai agak gila-gila jugak... Tapi jangan buat dia sakit hati atau marah.... 
Berdesinglah telinga korang dengan ayat Pedas dan Panas dia.. Kalah Melodi okay... Hehhehehhehe.... 
AJ suka kawan dengan dia, sebab walaupun dah kahwin dan ada kehidupan sendiri, dia tak pernah lupakan AJ.... 
AJ je selalu buat-buat lupa kat dia.... Hahhahahahaha.... =P

Gambar ni masa kat Sarawak dulu..... Sanggup beli tiket semata-mata nak AJ ada kat situ....

3. JAY
-Jay ni pulak AJ kenal masa bekerja kat i-Cimb.... Dia ni masa mula-mula sekali kenal, nampak sombong sangat.... Diam je..... 
Tapi bila dah kenal... Boleh ngam sampailah sekarang..... Dia ni kawan bershopping sesama... 
Bila dua-dua dah keluar pegi shopping, alamatnya selagi tak tutup shopping complex selagi tu kami berdua tak balik lagi... Hehheheheh..... 
Kami ni pelampung.... Apa itu pelampung??? Jay tau kan.... Hehehheh... (Secret)
Kawan dengan AJ abis "rosak akhlak"... Hahahahhaah.. Kan Jay kan???? 
Bak kata kawan-kawan lain kat i-Cimb "korang ni memang sahabat sejatilah"
Balik shopping ni...

4. AJA
-Aja ni AJ kenal melalui Mr. JR punya kawan punya Gf... Sekarang dah jadi tunang.. Faham??? Tak faham dah... Malas nak explain.. Hehehehhheheh.... 
Aja ni berasal dari Muar.. Umur muda setahun pada AJ.. Tapi kalau membebel kalah mak AJ okay.. Hahahhhahah... Aja, jangan marah haaaaa... Betul apa.. Sakit telinga aku kalau kau dah start ceramah, muqadimmah dan cik temah... Hhahahhahaha....... 
Dia ni selalu jugaklah jadi pendengar tak berbayar AJ kalau nak gossip-gossip suam-suam kuku tu..... Kitorang ni kadang macam berbadi pulak.... Apa badi??? Aja mesti kau tau kan... Tak payah ceritalah.. Hehehhehehe....

Aja kau ingat time ni tak??? Opsssssssss.... Hahhahahaha...

5. SEMUA KAWAN-KAWAN AJ.....
- Untuk yang tak tersebut dalam ni... Semuanya AJ sayang.... 
Koranglah kawan-kawan AJ di dunia dan di akhirat... Insyaallah..........

Okaylah.. rasanya, buat masa ni, ini je sahabat perempuan yang agak rapat dengan AJ... 
AJ ni susah nak rapat dengan perempuan tau... Sebab tu macam agak limited.. Hehheheheheeh.....
Korang terima kasih sebab jadi sahabat waktu susah dan waktu senang..... Aku takkan lupakan korang sampai bila-bila...... AKU SAYANG KORANG......

P/s : Yang lain-lain mana yang tersebut kat sini jangan kecik hati..... Aku pun sayang kat korang okeng!!!!!!! I LEBIU Mr. JR....... Eh????? 
I lebiu kawan-kawan semua.... Thanx for being a good friends of mine!!!!!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Tuesday, 20 December 2011

Benarkah Dunia Semakin Berada Di Penghujungnya??


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kalau kita tengok sekarang ni semakin banyak perkara yang berlaku..... Bencana Alam semakin menjadi-jadi.... Cuaca semakin tidak menentu... Apakah ini petanda dunia semakin berada di penghujung jalannya? Wallahualam.....
Sama-samalah kita renung-renungkan........

Berikut adalah Tanda-tanda Hampirnya Kiamat

1. Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik R.A. katanya, Rasulullah SAW telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2. Zina Bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim 

3. Bermaharajalela Alat Muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah 

4. Menghiasi Masjid dan Membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai. 

5. Munculnya kekejian, Memutuskan Tali Persaudaraan dan Hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim. 

6. Ramai Orang-orang Yang Soleh Meninggal Dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad 

7. Orang yang Hina mendapat Kedudukan Terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”- Riwayat Thabrani 

8. Mengucapkan salam kepada orang-orang yang dikenali sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad 

9. Banyak wanita berpakaian tetapi hakikatnya Telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A; “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”. 

10. Bulan Sabit Kelihatan Besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” – Riwayat Thabrani 

11. Banyak Dusta dan TidaK Tepat dalam menyampaikan Berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim 

12. Banyak Saksi Palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad 

13. Negara Arab menjadi Padang Rumput dan Sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim 

14. Manusia mewarnai rambut dikepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan Muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai

Daripada Huzaifah bin Asid al-Ghifari R.A ;
“Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (Riwayat Muslim)

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah SAW. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
  • Dukhan (asap) yanga akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  • Dajjal akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  • Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak lagi beriman kepada Allah swt.
  • Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  • Turunnya Nabi Isa a.s ke permukaan bumi. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan salib yang dibuat oleh orang-orang Kafir dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  • Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan di permukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkak dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zman dahulu.
  • Gempa Bumi di Timur.
  • Gempa Bumi di Barat.
  • Gempa Bumi di Semenanjung Arab.
  • Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah Negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari ;
“Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah SAW, bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

Gambar Hiasan

P/s : Bilakah Kiamat Akan Berlaku??? Wallahualam...... Hanya Dia Yang Maha Mengetahui......


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Monday, 19 December 2011

Yeayyy... Kami Berdua Dapat Kerja Baru.... =)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Wahhhhhh..... Lama tak mencurah perasaan dan sukukata kat Blog ni....
Al-Maklumlah Busy sangatlah kononnya... Hehehehheheh....
Hurmmm sepanjang lama mendiamkan diri tak banyak pun benda yang jadi selain daripada dating, dota, berjalan-jalan dengan Mr. JR..... Hehehheheh...

Bulan ni, AJ dah start kerja baru... Alhamdulillah..... Abis je contract terus dapat kerja baru...
Lepas teman Mr. JR pergi Interview, esok tu pulak AJ kena pegi Interview.... Berrrkaaaatttt...
Alhamdulillah kami berdua dapat kerja....... So 5hb Disember tu, masing-masing sudah berkerjaya.....
Mr. JR lah manusia paling happy sebabnya dia memang berharap dapat kerja kat tempat tu...... 
AJ????? Mestilah gembira sebab dia dapat kerja tu.... 
Tak sia-sia AJ tunggu dia kat The Weld tu berjam-jam... Memang berbaloi-baloilah.... 
Hehhehehehehhe... =) 
AJ pun happy jugak dapat kerja... Tapi taklah sehappy bila tengok apa yang dia idam-idamkan berada dalam genggaman.....


P/s : Boss.... Maaf ye, AJ memang suka curi tulang.... Hahahhahahhaa.......
OkBye!!!!!!!!! See U Later Okeng... =)

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"