Blogger templates

Click to Follow...

Thursday, 22 December 2011

2011 Dah Nak Tinggalkan Kita.... Azam 2011 dah tercapai ke belum??


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lebih kurang 10 hari je lagi 2011 dah nak berakhir kan? Pejam, celik, pejam, celik dah nak masuk 2012.... Itu juga bermakna usia kita semua akan meningkat setahun lagi... 
Tapi bukan nak cerita pasal umur... Haaaaa setiap tahun bila masuk je tahun baru mesti semua orang dah berazam itu dan ini kan?
Azam tahun ni dah tercapai belum??? Hehehehheheheh....

Ok apa azam tu?? Bukan Azam kawan korang masa kat sekolah ataupun Azam pakcik sebelah rumah okay.....

Azam ni mengikut Kamus Dewan Bahasa ialah : Kemahuan (keinginan, cita-cita) yang sangat kuat, tujuan (yang sesungguhnya).

Haaaa... Mendalam tu maksudnya kan...? Kalau setakat buat azam yang "hangat-hangat tahi ayam" tak payahlah berazam... Hehehehheh.....

Azam AJ??? Ermmmmm apa ek?? Rasanya takde azam yang besar pun selain nak membeli sebuah Telefon Blackberry... Alhamdulillah tercapai pun...... 
Lain takde dah kot sebab rasanya, AJ dah capai apa yang AJ nak buat masa ni lah.... 
Hubungan AJ dengan orang sekeliling seperti Keluarga, Mr. JR dan Kawan-kawan semakin baik dan bertambah baik..... Kerjaya pun nampaknya okay...
Walaupun tahun ni dah 3 kali AJ bertukar kerjaya... Hehhehheh....

Kenapa kita berazam??

Pada pendapat AJ, azam ni merupakan suatu niat untuk kita berubah dari yang baik kepada yang lebih baik atau keinginan untuk mengejar sesuatu dalam hidup... 
Tak kiralah dari segi kewangan, kerjaya, taraf hidup dan sebagainya.... 
Ada yang berazam nak akhiri zaman bujang, ada yang berazam nak beli kereta besar, rumah besar... 
Kalau kita betul-betul berazam untuk sesuatu, Insyaallah dalam tahun kita berazam tu, kita dapat apa yang kita inginkan... 
Silap-silap lebih pada tu kita boleh dapat... Itulah sebab kita berazam...

Tapi zaman sekarang ni, wujud lagi ke orang yang benar-benar mengejar atau menunaikan azam?? 
Dari apa yang AJ perhatikan, kebanyakkan orang ni bila 31 Dis punyalah berazam itu dan ini, tapi bila masuk 1 Jan tahun berikutnya azam tah kemana, kita tah kemana.. 
Kalau macam tu baiklah tak payah berazam kan?

Sempat lagi ni nak kejar azam korang.......

So korang punya azam tahun ni macam mana? Kalau boleh dikejar dalam masa 10 hari ni, Selamat Berjaya AJ ucapkan....
Kalau tak dapat, postponed tahun depanlah ye.. Jangan pulak azam tahun ni gagal, tahun depan buat azam baru yang lain pulak... Baik settlekan azam tahun ni... Hehehhehehhehe....

P/s : Mr. JR, azam nak berhenti merokok tahun ni dah tercapai ke belum?? Tengok macam tak je..... Hurmmmm cuba lagi tahun depan ye... Opsssssss.... JANGAN MARAH HAAAAA.......


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment