Blogger templates

Click to Follow...

Monday, 11 July 2011

Ride to Cameron Highland....... Superb!!!!!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

10 Julai 2011 - AJ pegi konvoi naik Cameron Highland dengan Mr. JR dan budak-budak scram anjuran Kelab Demak DTM.... Best gila...
Pagi tu masing-masing berkumpul kat RnR Rawang, bersarapan dan isi minyak... Then bila semua dah ada dalam pukul 8 pagi kitorang bertolak ke Cameron Highland...
Adalah dalam beberapa belas buah scram yang join... Ni merupakan kali kedua AJ ride jauh-jauh lepas Muar aritu... Hehhehehe.. Kecoh la minah ni kan kan kan... 
 Dalam pukul 11 lebih kitorang sampai kat Tapah, kat situ ada lagi beberapa buah motor yang sudah menanti... Ramai jugak yang join.. Dalam FB pn 20 lebih orang je yang confirm...

Time naik tu Alhamdulillah cuaca pun agak baik... Tapi jalan lama tu agak kurang elok la... Biasalah jalan lama kan... Semua tu tak menjadi penghalang untuk memasing ride...
Sampai je Cameron Highland, destinasi pertama yang kami tuju mestilah kedai makan... Selesai makan tengah hari kat Brinchang kitorang pegi ladang teh Boh Sungei Palas.......
Kat situ lepak agak lama juga sementara menunggu group lain dari Temerloh.. Sempat la menikmati angin sepoi-sepoi bahasa kat situ.. Ada yang siap tertidur-tidur lagi penat punya pasal... 
AJ seperti biasa la, menjadi "Mesin Urut" dan "Mesin Pengisar Makanan"...



Setelah agak lama kat situ, akhirnya sampai juga group dari Temerloh tu... 
Tanpa membuang masa kitorang pun gerak pegi Gunung Brinchang pulak... Jalan nak naik tu aduhai punya lah curam... 
Ada la 2-3 buah motor yang jatuh dan ada jugak yang tak lepas naik... Lepas tu turun pulak gi makan dan shopping2 Strawberry... AJ tak beli bawak balik pun.. Makan kat situ je..
Cam biasa bila pegi Cameron je mesti la AJ makan Strawberry with Whipped Cream.. Yummy... Sedapnya.. 
Lepas tu AJ makan pulak dengan Strawberry Sundae... Best woooooooo.....
Kalau boleh tapau bawak balik, dah tapau 8 dah... Hehhehehhehe... =P
Bak kata Mr. JR amik biji strawberry tu, lepas tu tanam kat umah letak bawah air-cond....
Camtu pun boleh ke??? Hhehheheh....

Bila perut dah kenyang secara automatiknya hati pun senang kan.. Bila memasing dah senang hati kitorang pun teruskan perjalanan balik.. Kejap je kan?? 
Yelah pegi naik Cameron bukan nak jalan sangat, gi layan corner je kot... 
Sebelum balik kitorang sempatlah amik gambar beramai-ramai buat kenang-kenangan...
On the Way turun memasing apa lagi, keluar taring la... Layan corner leper nye...
Alhamdulillah cuaca pun okay walaupun masa memula nak turun dari Cameron tu menitis dah 2-3 titik hujan.. Tapi nasib tak turun daaaaa....
AJ ada la snap gamba dan ambil video kitorang Ride tu...
AJ akan Upload kemudian la ye.. Hhehheheh....

Balik tu pulak, AJ dan Mr. JR memang tak larat gila nak teruskan perjalanan balik dengan bebudak konvoi.. Sampai RnR Ulu Bernam kitorang berhenti rehat dulu.... Kasi hilang itu sengal-sengal la.... 
Banyak kali juga berhenti, siap berhenti tepi jalan duk dalam longkang lagi.. Hehhehhe... 
Letih sangat punya pasal..  Kesian Mr. JR kena bawak "anak gajah" katanya...

Finally sampai jugak kitorang ke Destinasi yang dituju... Rumah masing-masing... Nampak je tilam dan bantal terus je AJ ZzZzZzZzZzZzZz.... 
Sekian terima kasih.... Apa pun memang best la....


P/s : Mr. JR jom pegi Ride lagi... Penat tapi I seronok... hehhehheheh...


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Sunday, 3 July 2011

CERMIN diri sendiri sebelum nak mengata orang lain....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ pelik la dengan seorang budak ni... Kononnya tak puas hati sangat dengan AJ macam la AJ ni ambil hak mutlak dia sangat... Hahahhahhaha...
Kadang bila difikir-fikirkan rasa nak tergelak berguling-guling sebab terlalu kesian tengok orang macam dia....
Nak mengata AJ itu dan ini tapi tak reti pulak nak cermin diri.....
Hello..... Elok sangat ke rupa tu sampai nak kena kutuk fizikal orang lain??
Kalau nak dibandingkan AJ dengan dia tu, AJ rasa AJ ni 6 kali lagi elok pada dia dan orang lain pun akan setuju dengan AJ...
(AJ letak 6 je cukuplah.. Jangan nak tamak sangat.. Hehehhehehehhe....)
So nak tak kalau AJ belikan cermin yang lagi besar dari cermin toilet untuk digunakan cermin diri sendiri tu????

Apa pun AJ nak bagitahu yang AJ sangat-sangat bersyukur bila ALLAH S.W.T tu jadikan AJ macam ni...
Dan yang lagi penting, AJ sedar diri sendiri ada kekurangan...
Jangan gunakan kekurangan orang lain untuk menutup kekurangan sendiri yang sememangnya tak boleh nak cover tu.... Hahahhahahah....
TAK SEDAR DIRI... Kalau nak kutuk orang pun, sila la tengok diri tu dulu OKAY??

Mood : Nak tergelak dari Johor sampai Perlis dengan gelagat ORANG TAK SEDAR DIRI macam tu...

NAH AMIK CERMIN NI BUAT CERMIN DIRI SENDIRI DULU...

P/s : Kalau rasa diri tu bagus sangat, benda tak jadi macam ni...
So, AJ tak salah la bila benda ni jadi okay....


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"