Blogger templates

Click to Follow...

Tuesday, 17 May 2011

Happy Anniversary Jean-Roman Gallyot!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

First of All, SYUKUR ALHAMDULILLAH YA ALLAH....
Dalam pada hubungan yang turun naik, pasang surut, panas sejuk dan kadangkala ribut taufan ni kami masih lagi bersama hari ini.... AJ bersyukur sangat-sangat.... Setelah terlalu banyak rintangan dan dugaan yang kau beri pada kami selama ini, hubungan kami masih lagi utuh... 

Ya Allah, kau panjangkanlah jodoh kami dan kau tingkatkanlah ketabahan hati kami dalam menghadapi dugaanmu yang akan datang.. Amin...

Mr. JR.....

Terima kasih kerana masih lagi bersabar dengan karenah i yang macam-macam, cemburu i yang kadangkala melampaui batasan, angin i yang datang tak kira waktu dan banyak lagi lah perangai-perangai i yang kadang-kadang merimaskan u... Tak pernah pun terlintas di hati i untuk menyakitkan hati atau mengongkong hidup u....
I juga takkan mengalah walaupun kita selalu tak sehaluan dalam pelbagai perkara dan adanya cubaan menghancurkan kasih kita... 
Tiada hubungan yang sempurna dan tiada hubungan yang tidak pernah dilanda badai... 
I berharap sama-samalah kita mempertahankan cinta yang telah terbina walau sehebat mana pun halangan dan rintangan yang melanda kita.... Insyaallah...
 Macam yang u pernah cakap dahulu,

"Kita tidak sempurna tapi satu benda yang u tahu kita ni manusia dan bukannya malaikat. Kita semua buat salah. Hidup ni bukan jalan sehala.. Allah ada dengan kita.."

Sampai sekarang i pegang kata-kata u... 
Dan atas kata-kata itulah i masih mampu bertahan... Semoga hubungan ini akan bertambah baik dan cinta kita akan lebih bercambah serta sentiasa mekar disulami dengan kejujuran, keikhlasan dan kecintaan yang mendalam selepas cinta kepada yang hakiki dan yang berbakti....

Ya Allah, berikan hidayah-Mu, berilah petunjuk kepada kami dalam menempuhi segala ujian-Mu..Jika kami hampir tersesat, kau tunjukkan jalan yang benar.....

Mr.JR, sentiasalah tabahkan hatimu kerana i percaya banyak lagi dugaan yang perlu kita hadapi bersama...
Semoga hubungan kita berkekalan seperti impian yang kita bina selama kita bersama....

Terima Kasih Ya Allah... Terima Kasih Sayang.....


Love, This Is For You......


P/s : I LOVE YOU JEAN-ROMAN GALLYOT

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Monday, 16 May 2011

Wanita Dan Lelaki.....




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lelaki dan wanita diciptakan berbeza....
Meh AJ nak share sikit apa perbezaan antara lelaki dan wanita....... =D


Wanita
akan menelefon sehingga beratus-ratus kali sehari hanya untuk memastikan lelaki itu dalam keadaan baik.

Bagi lelaki,
biarlah esok baiklah tu. Tak payah nak telefonlah.


Wanita 
sukar melelapkan matanya sehinggakan lelaki itu sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.

Bagi lelaki
sampai ke tidak ke lantaklah, tidur tetap tidur. Bukan penting sangat pun.

Wanita 
memang akan mengalirkan airmata untuk sekecil-kecil perkara yang berlaku terhadap lelaki itu kerana perasaan sayangnya.
Bagi lelaki
ala sikit je tu buat apa nak kisah. Wanita itu je mengada-ada. Cengeng katanya.

Wanita
sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan lelaki itu bahagia dan tidak menghadapi kesukaran walaupun perkara itu melukakan hatinya dan menyusahkan dirinya.
Bagi lelaki
biarlah dia susah asalkan aku sendiri bahagia. Pandai-pandailah wanita tu nak hidup.

Wanita 
sanggup bersabar apabila ditipu berjuta-juta kali oleh kekasihnya kerana dia percaya lelaki itu akan sedar perbuatannya. 
Bagi lelaki
alah kalau dah berjuta kali aku tipu pun dia sabar apa salahnya aku cukupkan berbilion-bilion kali. Tak juga sedar-sedar lelaki ni kan. Kalau dia kena tipu tau pula nak mengamuk walaupun tipu sebab nak jaga hati dia. Cehhhh...

Wanita 
tidak akan berpaling dari lelaki yang dicintainya walaupun ramai lagi jejaka-jejaka kacak dan lebih baik yang menantinya diluar sana kerana cintanya terlalu mendalam.
Bagi lelaki,
 tak mengapa wanita itu tak akan lari. So kalau ada wanita diluar yang cantik, seksi dan berdahi licin mahukan aku, sambar sajalah. Dasar tak cukup satu. Cuba kalau wanita yang buat? Jawabnya siaplah kau.

Wanita 
sanggup melepaskan perkara yang sememangnya ditunggu-tunggu untuk bertahun-tahun lamanya semudah itu sahaja demi untuk bersama-sama lelaki yang disayangi walau untuk beberapa minit je.
Bagi lelaki,
 mana boleh boleh nak lepaskan peluang yang ada walaupun esok atau lusa dah tentu-tentu ada lagi.

Wanita 
sanggup tadah telinga semata-mata nak dengar luahan lelaki walaupun perkara tu tak penting sangat pun.
Bagi lelaki
leceh la wanita ni benda remeh-temeh pun nak cerita. Gi cerita kat orang lain....

Wanita 
anggup tunggu berjam-jam walaupun kena tunggu dalam hujan lebat.
Bagi lelaki
tunggu lima minit tu pun lama la sangat. Mulalah nak bising-bising macam la ada benda yang penting sangat nak buat.

Wanita 
tak kisah tinggalkan apa yang dia tengah buat kalau lelaki memerlukan bantuan disaat itu.
Bagi lelaki
game tak penting yang dia tengah main tu pun tak boleh tinggal walaupun dah nampak wanita sangat-sangat memerlukan bantuan time tu.

Betul ke macam ni????? Nilai la sendiri ye....




P/s : Tiada kena mengena antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.... Hehhehehhehe.....

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Wednesday, 11 May 2011

12 Perkara Yang Wanita Tak Suka Pada Lelaki...




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lelaki2 Sila Ambil Perhatian....

Kadang-kadang lelaki tak sedar apa yang mereka lakukan selalu mengguris hati wanita...
Ini 12 yang lelaki kurang ambil perhatian....

1. MENINGGIKAN SUARA

Ya, lelaki memang dikurniakan suara yang "MACHO" tapi kalau nak meninggikan suara untuk menunjukkan kekuasaan dan keegooan, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun kadangkala pasangan mereka tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA / TAK SETIA

Cuba bagitahu sapa yang suka pasangannya main kayu tiga? Mestilah takde kan. Bab ni memang satu masalah yang besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka masih sukar untuk setia. Masih juga mengaku diri "SINGLE" walaupun anak dah tiga. Apatah lagi kalau digoda, terus sambar tanpa memikirkan perasaan pasangannya. Adakalanya semua daerah dia buka cawangan.

3. CUCI MATA

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik, seksi dan berdahi licin mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. TERLALU MENGONGKONG

Tak salah kalau kita mengongkong pasangan kita, tapi ingat!! Mengongkong tu mestilah ada hadnya. Tapi kalau dah itu tak boleh, ini tak boleh, pakai apa pun dia nak tentukan tu dah melampau namanya. Kalau tak diberitahu mulalah tercetusnya pergaduhan. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… Macam mana pulak tu?

5. EGO

Lelaki dan EGO memang tak dapat dipisahkan. Tetapi mereka je yang tak nak mengaku akan keegoan diri. Lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. SUKA MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda. Sekali dua mungkin si gadis mampu bertahan, tapi kalau dah berjuta-juta kali siapa yang sanggup???

7. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya walaupun kadangkala pendapat mereka terang-terangan tak boleh diterima akal. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih.Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

8. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Kaum lelaki tidak sedar, wanita adalah golongan yang berhati lembut, suka diberikan perhatian dan dimanja. Mereka sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam, 7 hari seminggu tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya. Sikap sambil lewa lelaki itu kadangkala membuatkan wanita rasa tidak disayangi. Awas!!!

9. CEMBURU BUTA

Tidak salah sekiranya kita cemburu kerana cemburu itu tanda sayang. Tapi biarlah berpada-pada. Kalau dah terlalu cemburu buta, lama-kelamaan pasangan anda akan merasa bosan. Yelah takkan sampai keluar dengan abang kandung pun nak cemburu kot...

10 . KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun,seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa.

11. PANAS BARAN

Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Ini sudah lebih.. Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah!!!

12. TIDAK TAHU MENGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda, itu pun sudah mampu membuatkan pasangan anda tersenyum ceria sepanjang hari.



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"