Blogger templates

Click to Follow...

Friday, 17 December 2010

Dia


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lama tak AJ tak mengarang ni. Hehehehhehe. Tiba-tiba rasa macam nak berblog pulak. So, entri mula-mula ni, AJ nak cerita pasal Dia, Mr. JR. Singkatan kepada JEAN-ROMAN GALLYOT. Siapa DIA? Kejap kakak nak cerita!

Mr.JR, AJ kenal dia kat dalam hutan sekitar bulan Mei tahun ni. Masa mula-mula kenal, dia kate AJ sombong. Pelik jap, perempuan mulut pot pet macam AJ ni dikatakan sombong? Tapi memang betul pun, kalau orang yang tak kenal AJ, masa memula kenal selalu cakap AJ sombong. Mungkin sebab cara AJ renung orang kot. Lepas tu diorang kata muka AJ memang ade riak sombong sikit. Cheh! Kongajaq betul statement itu! Hahahhahaha.

To be truth, hubungan kami ni memang dapat banyak tentangan. Yelah, hubungan yang berlainan agama dan budaya ni memang orang susah nak tafsir sikit. AJ pun tak tau macam mana AJ boleh terjatuh hati pulak dekat Mr.JR. Entahlah, takdir AJ jumpa dia dan jatuh hati, nak buat macam mana. Dugaan? Tak payah  nak cakap. Baru beberapa bulan ni, macam-macam hal dah jadi. Tapi Alhamdullilah setelah terlalu banyak dugaan dan rintangan yang kitorang hadapi, hubungan ni okay lagi. Bak kate orang tip top wa baq ang. Hehehehhehhe.

Serius AJ cakap dengan dia ni banyak yang AJ belajar jugak. Kalau dulu, AJ ni cengeng. Sikit-sikit nangis! Entah pape la AJ ni kan. Hahahaha! Dengan dia jugak AJ belajar erti kesabaran, erti tolak-ansur walau hakikatnya AJ bukan spesis boleh sangat bertolak ansur. Bukan sebelum ni AJ tak pernah bercinta, tapi bila dengan dia AJ rasa lain lah. Kire baru rase fefeeling gitu. Kalau tak, takkan AJ masih mampu bertahan sampai ke tahap ni. Kalau dibandingkan dengan kisah AJ yang lepas-lepas, yang ni paling banyak ujian dan dugaan dia, tapi ujian yang maha besar itu lah yang membuatkan AJ tak mahu dan tak mampu mengalah. Kalau nak tau ujian apa, nanti dah tiba masanya AJ bagitau, kang kalau tak kemana kisah AJ dengan Mr.JR, buat malu je. Hahahahaha.

Orang mungkin cakap AJ BODOH kerana masih berpaut pada hubungan ni. Hakikatnya, orang lain tak rasa dan tak alami apa yang telah kami hadapi. Dan orang lain tu tak nampak apa yang AJ nampak.

Mr.JR, Insyaallah apa pun yang terjadi, apa pun yang berlaku I akan tetap ada dengan U, masa susah masa senang. Jangan kau bimbang sayanggg. Dimana ku berada... Eh! Ternyanyi pulak! Hahahhaahha. Okaylah sebelum AJ merepek, ni je la yang AJ nak cerita pasal Mr.JR. Nanti  bebile kalau AJ rasa nak cerita pasal dia lagi, AJ cerita.

Love, thanks for being my everything. There's no other words to tell u how much do I LOVE YOU!!!!! <----- Mode jiwang sudah mari woi!
P/s : Love is Blind!