Click to Follow...

LoveJeanGallery

Monday, 26 September 2016

Teaser : Kembali Lagi ke Sungai Lembing! Terima Kasih Xcape Resort...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

I'm back Sungai Lembing!
Hujung minggu baru ni, AJ kembali lagi ke Sungai Lembing...
Kali ni AJ pegi dengan geng #KelabBloggerBenAshaari...
Terima kasih kepada Xcape Resort kerana sudi menjemput AJ menjadi salah seorang tetamu kat sana....
AJ memang happy sangat dapat kembali kat Sungai Lembing ni tau..
Baru 2 bulan lepas AJ cakap dengan kawan, AJ rindu nak pegi Sungai Lembing lagi...
Tup tup dapat peluang pegi... Alhamdulillah....

"Teaser : Kembali ke Sungai Lembing!
Terima Kasih Xcape Resort"


Kami semua bertolak dari KL pada Jumaat malam...
Sepatutnya bertolak pukul 8 malam, tapi atas sebab-sebab tertentu terpaksalah kami bertolak pukul 10 lebih....
Lebih kurang jam 2.30 pagi kami sampai kat homestay kat Balok Perdana...
Cantik juga homestay dia... Selesa pun selesa...

Terima Kasih Xcape Resort!

Pagi Sabtu, barulah kami bertolak ke Sungai Lembing, breakfast dan melawat kawasan sekitar seperti Muzium, Jambatan Gantung Kolong Pahat dan kedai biskut kelapa berdekatan jambatan tu....
Selepas tu kami dibawa menaiki kenderaan pacuan 4 roda 4x4 ke Xcape Resort...
Kat situ memang best... Line pun takde, so semua orang banyak luangkan masa together-gather...
Konsep dia "talk to each other" gitewww....

Keriangan terpancar

Banyak aktiviti yang kami buat....
Seronok gila... Takde nak fikir pasal dunia luar....
Aktiviti darat, aktivti air semua ada...
Kalau nak tau apa aktiviti kami? Tunggu next entry AJ okay....

Kelab Blogger Ben Ashaari In the House!

P/s : Saja bagi teaser dulu, barulah teruja kan...
Heheheheheh......



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Thursday, 22 September 2016

Volkswagen Kuning | Cerita Seram Turun Temurun


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sejak sekian lama Volkswagen Kuning diketahui sebagai cerita seram turun temurun...
Kisah kereta berwarna kuning yang sering mengganggu dan menghantui pengguna lebuhraya Karak bukanlah kisah asing pada semua orang....
AJ juga penah mendengar kisah ini dari mulut ke mulut.....
Sejauh mana kebenarannya???


20 September 2016, AJ dan Mr JR berpeluang menjadi salah seorang yang pertama menonton filem ke 115 terbitan MIG...
Filem ini dikatakan inspirasi dari kisah benar..
Ya, misteri Volkswagen kuning merupakan kisah benar dan bukan mitos semata-mata...
Melalui filem ini, Shadan Hashim selaku pengarah berkata filem ini diolah dripada kisah benar dan cerita yang ditambah bagi mencantikkan lagi jalan cerita namun tidak mencacatkan kisah sebenar...

Filem Volkswagen kuning ini menampilkan Pelakon Filem Lelaki Terbaik - FFM28, Pekin Ibrahim (Fuad) dan Atikah Suhaime (Sarah) sebagai pelakon utama filem....
Dan turut dibantu oleh barisan pelakin seperti Amai Kamaruddin, Fatin Afeefa, Shahronizam, Azman Hasan dan Mak Jah..
Turut menampilkan Aida Othman, Hanif Safuan dan Dayang Areeda...

Barisan pelakon Volkswagen Kuning

Sinopsis Volkswagen Kuning

MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!
Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari
kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.

Review AJ mengenai filem Volkswagen Kuning

Bagi AJ, filem Volkswagen Kuning ini sangat ringan, santai dan mudah difahami...
Menyelitkan sedikit elemen percintaan antara Fuad dan Sarah serta konflik terjadinya kisah misteri...
Semua perkara yang terjadi terhadap Sarah sebenarnya bersangkut paut antara satu sama lain...
Kalau korang nak tau apa kaitan mereka dengan kisah ini, korang kene tonton sendiri filem ini di pawagam...
Selain itu, plot penceritaan dalam Volkswagen Kuning ada yang tidak diolah lebih lanjut membuatkan beberapa scene kelihatan agak tergantung... Namun ianya langsung tidak merosakkan cerita yang ingin disampaikan...
Watak Pak Ayob yang dilakonkan oleh Azman Hasan juga banyak memainkan peranan dalam cerita ini...
Begitu juga dengan watak-watak lain...
Apa yang AJ boleh katakan tak rugi kalau korang nak menonton filem ini kerana jalan ceritanya tidak mengarut dan masih relevan...
Penonton juga tidak dibiarkan tertanya-tanya seperti filem-filem seram lain....
Cuma AJ rasa cerita ni perlu lebih suspen dan lebih fokus kepada kisah Volkswagen Kuning itu sendiri....

Apakah sebenarnya yang dibawa pulang oleh Sarah dan mengapa "bende" itu mengikut Sarah hanya akan terungkai bila dah tonton nanti.....

So apa kata 22 September 2016 ni korang serbu pawagam yang berhampiran untuk menonton filem Volkswagen Kuning...

Kat sini juga AJ nak ucapkan tahniah pada blogger Iena Eliena yang berjaya membawa pulang sebuah OppoF1s semasa malam preview untuk contest yang dianjurkan untuk blogger sepanjang minggu lepas... Tulis kisah seram je dapat hadiah tau.....
Tahniah Iena, jangan lupa kongsi hadiah tau! Hahahhaha...



Jom tengok suasana sekitar malam Preview Filem Volkswagen Kuning!















P/s : Seram jugak kalau diingatkan pasal cerita seram turun temurun ni...
Nak pulak Jumaat ni AJ akan lalu Karak!



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"